Peliharalah Cintaku

Ini buku yang saya baru selesai membacanya. Hadiah dari adikku, thanks a lot Ejah! Lain kali boleh la ringan-ringan tangan belikan anyah lagi ye 😛

Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul

Saya tidak berniat untuk mengulas kandungan buku ini (buku kecil, nipis..tapi tebal dan sarat dengan pesan dan azimat). Walaupun ada sisi gelap saya mempersoalkan kewujudan sesusuk Qani’ah seperti yang digambarkan. Qani’ah terlalu ideal dan sempurna! (mungkin juga saya cemburukan Qani’ah.. 😦 ntah!).

Bingkisan hidup Qani’ah dan suaminya, Dr. Muslih saya kira menjadi impian setiap wanita yang mengimpikan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Banyak petua dan panduan yang dikongsi telah disampaikan secara mudah dan yang penting, sangat praktikal. Semua orang patut membacanya.. remaja, bakal pengantin baru, pengantin baru, suami isteri, dan ibu bapa. Malah, kalau kaum lelaki juga membacanya..lagi baik.

Sajak Aminah Qutb Buat Bakal Suami

Sekiranya,

kita cinta kepada manusia,

tak semestinya manusia cinta kepada kita.

Tapi sekiranya,

kita cinta kepada Allah,

nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya,

kita cinta kepada manusia,

kita akan cemburu kepada orang yang

mencintai orang yang kita cintai.

Tapi sekiranya,

kita cinta kepada Allah,

kita akan turut mencintai orang yang

melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,

andainya dia adalah jodoh

yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,

Maka,

campakkanlah ke dalam hatiku,

cinta kepadanya adalah kerana-Mu,

dan campakkanlah ke dalam hatinya,

cinta kepadaku adalah kerana-Mu.

Namun,

seandainya dia bukanlah jodoh yang

ditetapkan oleh-Mu kepadaku,

berikanlah aku kekuatan agar pasrah

dalam mengharungi ujian,

yang Kau berikan kepadaku..

-Aminah Qutb (adik perempuan Syed Qutb)

Dan satu mesej jelas yang melatari bingkisan ini ialah, Tiada Cinta Sebelum Kahwin..

2 Comments (+add yours?)

  1. ejah
    Dec 10, 2009 @ 11:09:44

    salam….hehe…
    yg ni sbgi signal….nk jgk dpt hadiah buku dri org…..huhu

    Reply

Leave a reply to anaaisyah Cancel reply