Berpijaklah di bumi

Pergilah ke mana-mana, manusia yang waras pertimbangan akalnya akan menyanjung tinggi insan bernama cikgu, guru, mu’alim/ah, ustaz/ah atau apa saja gelaran seumpamanya. Bagi kebanyakan orang, guru dikenang kerana sumbangan dan pengorbanan yang tercurah sepanjang perjalanan mereka menjadi ‘manusia’.

Dari sisi saya, yang belum pun secubit pengalaman dikutip.. ada ketika, saya rasa terbeban menggalas tanggungjawab ini. Letih memikirkan bagaimana cara untuk memenangi hati pelajar yang pelbagai. Huhu😦 Alhamdulillah, sokongan yang saya terima dari semua orang di sekeliling saya membuatkan saya terus kuat. Thank You ALLAH!

3683975239_a42d2dfd41

Amanah yang dipikul guru-guru memang berat. Tanggungjawab bukan setakat menyampaikan kandungan pelajaran, malah bertanggungjawab membentuk peribadi pelajarnya. Dan ketika institusi pendidikan negara berhadapan dengan isu moral dan sahsiah pelajar-pelajar, tugas seorang pendidik terus bertambah.

Maka, sifat IKHLAS perlu sentiasa hadir. Bahkan pada saya, sesiapa saja yang IKHLAS, bisa meninggalkan kesan tarbiyyah pada orang-orang yang mendampinginya. Bagi seorang pendidik, berusaha untuk IKHLAS dalam menjalankan tugasnya sangat penting. Supaya diri benar-benar ‘berpijak di bumi’.. sedar bahawa hadirnya bukan untuk disanjung, dipuja dan dipuji atas kerja buatnya.

Kalau asyik merungut tentang karenah pelajar, tanya balik diri sendiri “Apa yang aku dah buat?”. Cuba rungkaikan persoalan “Kenapa dia gagal dalam subjek aku je?”. Kalau tiada pelajar, ‘guru’ kah kita? Jadi, teruslah dengan fungsi asal.. nak tak nak kena terima macam mana pun latar belakang pelajar. Dan dengan izin ALLAH, mungkin ada sentuhan kita yang kena pada hati mereka. Hujung parang kalau diasah pun boleh jadi tajam, ini pula anak orang.. Ini pesan Cikgu Syikin pada satu hari.

So, ambillah setiap cabaran itu dengan lapang dada, pasti bertemu jalan penyelesaian. Insya Allah, kesabaran menghadapinya akan diganti dengan kebahagiaan satu masa nanti.

“Tidak ada satu pun hamba Ku yang ikhlas, Ku ambil harta yang Ku berikan kepadanya kecuali untuk Ku gantikan dengan yang lebih baik. Tidak ada satu pun hamba Ku yang redha dengan musibah yang Aku timpakan kepadanya kecuali Aku naikkan darjatnya. Dan tidak ada satu pun hamba Ku yang bersyukur kecuali Ku tambahkan nikmatKu untuknya”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: