0

The silence is too loud. Once the noise is gone..

silence_by_donjuki

Advertisements

cinta dalam tasbih Ramadhan

Maha Suci Allah, Tuhan yang berkuasa ke atas setiap denyut nadi. Dia Tuhan Pemutus yang berhak menentukan apa sahaja pada mahuNya.

Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah, diizinkan bertemu semula..bulan mulia yang di angkat tinggi kedudukannya. Di dalamnya tersembunyi malam seribu rahmat, dan telah sampai kepada Rasulullah panduan teragung pemisah di antara iman dan kufur.

Lewat rindu seorang tetamu Ramadhan, teringin menghirup segala santapan dalam hidangan. Semoga Ramadhan ini yang terbaik bagi hamba hingga akhirnya.Ameen.

pray

tamu ramadhan tamu al-Quran (http://nikabduh.wordpress.com/)

Dia mencipta dan Dia memilih. Dia bebas dengan kehendak dan mahuNya. DiciptaNya langit dan bumi, lalu dilayarkan lewat  samudera masa dalam 12 bulan yang berulang – ulang. DipilihNya 4 daripadanya, lalu dinobatkan kemuliaannya sebagai bulan – bulan yang haram (mulia). Itulah pilihanNya sedari alam tercipta di tangan dan mahuNya.

Ramadhan adalah daripada 12 tetapi bukan daripada 4 yang terpilih oleh mahuNya itu. Ia terpinggir dari arus kemuliaan tetapi ia tiada gusar! Ia menanti dalam sabar dan rindu. Ia merindu dalam cinta dan tasbih. Saatnya nabi agung terutus, saatnya umat agung terbangkit, ia akan menari dan bersuka ria dalam malam tiada terperi.

Di malamnya, satu daripada 30, dari lapis langit ketujuh tersaksilah pada sekelian alam kejadian janji agung yang terkota oleh al Rabbul Jalil. Turun berjejeranlah dan berbanjar – banjarlah para malaikat Allah didepani ‘al Ruuh’   beralunan lunak tasbih dan tahmid, memuji dan memuja pada meraikan dan merayakan turunnya sebuah janji agung daripada empunya semesta alam, Rabbul alamiin.

Malam itu al Quran turun. Turunlah dari kota Lauh Mahfuz, dari utuh Ummil Kitab, dari sisi arasyNya yang agung. Turunlah ke lapis terbawah daripada langit yang terhias oleh jutaan bintik – bintik bintang bercahaya berkerdipan bagai lampu – lampu neon di majlis perajaan.

Ia malam penuh berkat. Diberkati dan memberkati. Malam Lailatul Qadr. Malam setanding seribu bulan, sejangkau 80 tahun hayat insani. Berimanlah, beramallah di malam terkota janji ganjaran seribu bulan dalam iman dan amal! Bertempiklah, bertakbirlah, manikam janji yang tidak terperi..

Satu malam yang memberkati 30 malam disekelilingnya. Malam – malam Ramadhan yang penuh keberkatan. Dia bertandang kepada kita, tetapi kitalah tetamunya, bukan dia tetamu kita. Dia menjamu dan kita dijamu sepuas – puasnya.

Al Quran turun dari langit diiring Jibril ‘alaihissalam menuju insan teragung, Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam di gua Hira’, gua tauhid dan kebenaran. Bacalah wahai Muhammad, dengan nama Tuhanmu..

Kita di bumi. Al Quran di langit. Ramadhan menarik langit ke bawah dan menolak bumi ke atas. Ramadhan adalah medan masa kita dan al Quran berjabat. Berpeganglah pada tali al Quran sekuat – kuatnya agar kita tidak jatuh ke bumi, ke lembah palsu dan plastik! Atau, al Quran diangkat langit dek tiada yang mengendahinya.

Kallaa!  Tidak sesekali tidak! Inilah umat Muhammad. Tercipta untuk terpilih oleh mahu Empunya alam. Terpilih untuk menjadi pemegang amanah kalamNya yang suci dan yang agung hingga dunia digoncang  janji dan ajal tuannya. Selagi umat Muhammad, selagi itulah al Quran dibaca, ditadabbur dan dilunaskan dalam medan amal dan perjuangan. Dalam hidup dan kehidupan..

Allah, Allah, Allah.. Aku tersyahdu menghirup al QuranMu. Jadikan aku hambaMu. Kerana aku hambaMu.

Selamat berkunjung ke qaryah Ramadhan. Kampung masa yang kudus dan khusyu’ diterangi juntaian neon ayat – ayatNya yang memancar menerangi dunia yang kelam dan gelap.

Berpijaklah di bumi

Pergilah ke mana-mana, manusia yang waras pertimbangan akalnya akan menyanjung tinggi insan bernama cikgu, guru, mu’alim/ah, ustaz/ah atau apa saja gelaran seumpamanya. Bagi kebanyakan orang, guru dikenang kerana sumbangan dan pengorbanan yang tercurah sepanjang perjalanan mereka menjadi ‘manusia’.

Dari sisi saya, yang belum pun secubit pengalaman dikutip.. ada ketika, saya rasa terbeban menggalas tanggungjawab ini. Letih memikirkan bagaimana cara untuk memenangi hati pelajar yang pelbagai. Huhu 😦 Alhamdulillah, sokongan yang saya terima dari semua orang di sekeliling saya membuatkan saya terus kuat. Thank You ALLAH!

3683975239_a42d2dfd41

Amanah yang dipikul guru-guru memang berat. Tanggungjawab bukan setakat menyampaikan kandungan pelajaran, malah bertanggungjawab membentuk peribadi pelajarnya. Dan ketika institusi pendidikan negara berhadapan dengan isu moral dan sahsiah pelajar-pelajar, tugas seorang pendidik terus bertambah.

Maka, sifat IKHLAS perlu sentiasa hadir. Bahkan pada saya, sesiapa saja yang IKHLAS, bisa meninggalkan kesan tarbiyyah pada orang-orang yang mendampinginya. Bagi seorang pendidik, berusaha untuk IKHLAS dalam menjalankan tugasnya sangat penting. Supaya diri benar-benar ‘berpijak di bumi’.. sedar bahawa hadirnya bukan untuk disanjung, dipuja dan dipuji atas kerja buatnya.

Kalau asyik merungut tentang karenah pelajar, tanya balik diri sendiri “Apa yang aku dah buat?”. Cuba rungkaikan persoalan “Kenapa dia gagal dalam subjek aku je?”. Kalau tiada pelajar, ‘guru’ kah kita? Jadi, teruslah dengan fungsi asal.. nak tak nak kena terima macam mana pun latar belakang pelajar. Dan dengan izin ALLAH, mungkin ada sentuhan kita yang kena pada hati mereka. Hujung parang kalau diasah pun boleh jadi tajam, ini pula anak orang.. Ini pesan Cikgu Syikin pada satu hari.

So, ambillah setiap cabaran itu dengan lapang dada, pasti bertemu jalan penyelesaian. Insya Allah, kesabaran menghadapinya akan diganti dengan kebahagiaan satu masa nanti.

“Tidak ada satu pun hamba Ku yang ikhlas, Ku ambil harta yang Ku berikan kepadanya kecuali untuk Ku gantikan dengan yang lebih baik. Tidak ada satu pun hamba Ku yang redha dengan musibah yang Aku timpakan kepadanya kecuali Aku naikkan darjatnya. Dan tidak ada satu pun hamba Ku yang bersyukur kecuali Ku tambahkan nikmatKu untuknya”

Pergi tak kembali

Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku… – Ustaz Asri

Perginya Ustaz Asri tak kembali lagi..

Image017Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada…lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang…ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Selamat Datang Ramadhan!

“Ya Allah, pertemukan kami dengan Ramadhan. Bantulah kami Ya Allah untuk menunaikan ibadah puasa dengan sebaik-baiknya dan melakukan Qiam pada malamnya. Ya Allah, terimalah segala amalan kami ini. Amin”

ramadhan

Beberapa jam lagi akan masuk 21 Sya’ban, tinggal 9 hari lagi Ramadhan tiba menjengah kita.

Tetamu agung yang dikirim bersamanya pengampunan dari semua kejahatan, pengampunan dari segala dosa dan pembebasan dari nar jahannam..

“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.” [ 29:69 ]

Puisi lara

ALLAH!!!

Yang bercelaru,

Dalam hatiku biarkan ia pecah

Seribu, datang tenang bawa pergi seribu

Celaru!

Allah!!!!

Aku seru nama-Mu bertalu

Bertalu kuseru nama-Mu dalam hatiku

Bergema, bawa pergi segala celaru

Datanglah tenang, hilangkan sendu

Celaru!!!

Allah!!!!

Aku seru nama-Mu

Bertalu!!!

Aku seru sepenuh rindu

Bertalu-talu, aku rindu

Dekat pada-Mu!!!

Allah!!!

Jangan jauhi aku jangan

Tinggalkan aku jangan

Aku seru nama-Mu bertalu

Penuh rindu jangan jauhi aku

meski selaut dosaku, jangan

Jangan tinggalkan aku! Jangan padamkan

Cahaya pedoman-Mu

Jangan padamkan jangan

Aku ingin tenang dengan-Mu

Tanpa CELARU!!!!

Allah!!!!

Allah!!!!

Allah….aku seru-Mu

Sehingga nafasku menyusut

Hilang sakitku!

Oleh: Zaharah Muhammad

http://bintimuhammad.wordpress.com/
berdoa