PPSMI bukan choc fudge

Salam untuk semua.

Tajuk entri ini sebenarnya reaksi spontan saya apabila Timbahan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemansuhan dasar PPSMI yang akan berkuatkuasa tiga tahun lagi, 2012.

“Macam iklan choc fudge.. kejap ada, kejap tak ada..”

Chocolate_fudgekalau betul-betul choc fudge… sedap😛

Selepas enam tahun pelaksanaannya, PPSMI akan dimansuhkan untuk mengembalikan kedaulatan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu. PPSMI juga diakui tidak membantu meningkatkan keupayaan pelajar-pelajar menguasai mata pelajaran Sains dan Matematik sepanjang tempoh pelaksanaannya.

(???.. Apa yang di war-warkan oleh Menteri Pelajaran Hishamuddin tentang peningkatan peratusan pelajar lulus bagi kedua-dua subjek beberapa tahun ini temberang ke???)

“Mata pelajaran Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami pelajar” – Satu kenyataan bersahaja dari mantan Menteri Pelajaran. Dato’ Seri baru perasan rupanya..

Maka, dengan itu Bahasa Melaysia akan digunakan kembali sebagai medium pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di Sekolah Kebangsaan manakala di Sekolah Jenis Kebangsaan, bahasa ibunda masing-masing akan digunakan.

Saya ibaratkan seperti iklan choc fudge sebab idea asal PM Tun M ini telah sebulat suara dipersetujui oleh kabinet ketika itu dan dijalankan walaupun tiada satu pun kajian empirikal yang menyokongnya dikemukakan kepada umum. Bukan tiada suara yang menentang, tapi semuanya di’diamkan’. Ramai yang berpandangan, PPSMI bukan penyelesaian kepada masalah penguasaan BI di kalangan pelajar. Memang pun! Tapi jalan jugak.. Sehingga menuntut tokoh-tokoh bahasa dan seniman tanah air turun padang, menggerakkan ratusan ribu rakyat membantah PPSMI.

ppsmi-PinggirBahasaMelayuklik pada gambar untuk besarkan

Tapi perkara ini hanya akan dimulakan 3 tahun lagi! Dan apa jadi pada anak-anak pelajar yang akan berada di Tingkatan 4 pada 2012? Selepas 9 tahun (Darjah 1 – Tingkatan 3) dalam PPSMI, medium pembelajaran mereka akan bertukar kepada Bahasa Malaysia. Hmm.. bijak ke?

Pengumuman pemansuhan PPSMI rabu lepas mengundang pelbagai reaksi dari rakyat jelata.. Tapi saya cuma nak kongsi realiti yang ada di depan mata saya.

Semasa praktikum mengajar di sebuah sekolah menengah di Putrajaya, saya mengajar Kimia dalam English medium. Alhamdulillah, saya sangat teruja apabila kebanyakan pelajar mahu belajar dan mampu memberi respon dalam BI. Tapi saya masih perlu memberi penerangan dalam BM, bagi memenuhi keperluan pelajar yang pelbagai.

Habis belajar, sempat bertugas sebagai guru ganti di sebuah sekolah kebangsaan di tempat sendiri. Di sini saya melihat kemuncak kezaliman PPSMI terhadap anak bangsa. Kebetulan kelas-kelas yang saya ajar terdiri dari anak-anak Melayu dan India. Runtun hati saya melihat mereka terkulat-kulat membaca teks Sains dalam BI. Faham, jauh lagi la! Padahal mereka bukanlah bodoh.. Saya mengajar ikut kemampuan mereka, nak tak  nak secara tak langsung jadi guru BI.

Satu perkara yang saya kesal, kemudahan yang ada di sini jauh ketinggalan dari apa yang ada di Putrajaya. Bangunan makmal komputer yang nampak gah rupanya hanya berisi mesin yang tak berguna! Di sekolah luar bandar, anak-anak pelajar yang ‘terpilih’ berpeluang mengikuti kelas SBT (Skim Baucar Tuisyen) bagi subjek Sains dan Matematik. Anak-anak yang lain? …

Seorang ibu merayu kepada saya supaya memasukkan anaknya dalam kelas tersebut. “Makcik ni tak pandai nak ajar dia di rumah.. Mata pelajaran lain boleh la tengokkan, tapi Matematik dan Sains Makcik susah, Makcik tak tau..”

Bila saya ajukan kepada guru SBT, jawapannya.. “Kalau ada tempat kosong nanti kita masukkan dia”

“Macam mana boleh ada kosong kalau sekarang dah penuh?”

“Ada kosong bila ada pelajar tarik diri atau pelajar yang hadir tak konsisten, kita keluarkan”

Nampak tak…

Sekarang saya mengajar di sebuah sekolah menengah di Kulim. Sebuah sekolah gred sederhana dalam bandar. Ada pelajar dalam kelas Tingkatan 2 yang saya ajar, tulis baca BM pun masih merangkak.. Tak faham BI, saya cuma boleh bantu bagi penjelasan dalam BM, nak suruh saya cakap Tamil atau Mandarin.. saya tak mampu!

Mungkin pihak yang masih menyokong PPSMI tak berhadapan dengan realiti ini. Anak-anak mereka mungkin tiada masalah belajar Sains dan Matematik dalam BI. Mungkin pemilihan medium komunikasi mereka dirumah banyak membantu. Tapi mungkin juga tak. Seorang pelajar saya (di sekolah kebangsaan) yang keluarganya baru pulang ke Malaysia dari oversea, cakap Londoner la.. tapi tak juga excellent dalam Sains dan Matematik.

Kita ambil satu contoh mudah. Di sekolah harian biasa, katakan pelajar Tingkatan 2. Daripada 7 kelas Tingkatan 2 selepas streamming, berapa kelas yang menempatkan anak-anak yang cream? Biasanya hanya satu atau dua kelas. 5 kelas lagi? Guru-guru PPSMI kebanyakannya akan gunakan kedua-dua bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

Saya pernah menerima protes daripada anak-anak pelajar di awal perkhidmatan saya di sini, kerana mereka ‘Tak Faham’ pengajaran dalam BI. Kalau fikir sakit hati, memang sakit. Tapi disebabkan alasannya ‘Tak Faham”, saya boleh berlapang dada. Kemudian, saya sampaikan ikut kemampuan mereka. Satu perkara lagi, saya hanya menggunakan courseware cd yang dibekalkan oleh MOE pada illustrasi dan animasinya, tanpa suara. Penerangannya, dari saya sendiri.

percobaan_tikus_putih_buah_merah

Apa pula selepas ini..pasca pemansuhan PPSMI? Masih mahu buat dan pakai dasar ‘One Suits for All’ ? Sampai bila kita perlu buat kerja cuba jaya?

Menjadikan ratusan ribu anak-anak pelajar sebagai ‘tikus putih’? Sedangkan kita sedar tahap dan kemampuan pelajar-pelajar yang pelbagai..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: