PPSMI bukan choc fudge

Salam untuk semua.

Tajuk entri ini sebenarnya reaksi spontan saya apabila Timbahan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemansuhan dasar PPSMI yang akan berkuatkuasa tiga tahun lagi, 2012.

“Macam iklan choc fudge.. kejap ada, kejap tak ada..”

Chocolate_fudgekalau betul-betul choc fudge… sedap 😛

Selepas enam tahun pelaksanaannya, PPSMI akan dimansuhkan untuk mengembalikan kedaulatan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu. PPSMI juga diakui tidak membantu meningkatkan keupayaan pelajar-pelajar menguasai mata pelajaran Sains dan Matematik sepanjang tempoh pelaksanaannya.

(???.. Apa yang di war-warkan oleh Menteri Pelajaran Hishamuddin tentang peningkatan peratusan pelajar lulus bagi kedua-dua subjek beberapa tahun ini temberang ke???)

“Mata pelajaran Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami pelajar” – Satu kenyataan bersahaja dari mantan Menteri Pelajaran. Dato’ Seri baru perasan rupanya..

Maka, dengan itu Bahasa Melaysia akan digunakan kembali sebagai medium pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di Sekolah Kebangsaan manakala di Sekolah Jenis Kebangsaan, bahasa ibunda masing-masing akan digunakan.

Saya ibaratkan seperti iklan choc fudge sebab idea asal PM Tun M ini telah sebulat suara dipersetujui oleh kabinet ketika itu dan dijalankan walaupun tiada satu pun kajian empirikal yang menyokongnya dikemukakan kepada umum. Bukan tiada suara yang menentang, tapi semuanya di’diamkan’. Ramai yang berpandangan, PPSMI bukan penyelesaian kepada masalah penguasaan BI di kalangan pelajar. Memang pun! Tapi jalan jugak.. Sehingga menuntut tokoh-tokoh bahasa dan seniman tanah air turun padang, menggerakkan ratusan ribu rakyat membantah PPSMI.

ppsmi-PinggirBahasaMelayuklik pada gambar untuk besarkan

Tapi perkara ini hanya akan dimulakan 3 tahun lagi! Dan apa jadi pada anak-anak pelajar yang akan berada di Tingkatan 4 pada 2012? Selepas 9 tahun (Darjah 1 – Tingkatan 3) dalam PPSMI, medium pembelajaran mereka akan bertukar kepada Bahasa Malaysia. Hmm.. bijak ke?

Pengumuman pemansuhan PPSMI rabu lepas mengundang pelbagai reaksi dari rakyat jelata.. Tapi saya cuma nak kongsi realiti yang ada di depan mata saya.

Semasa praktikum mengajar di sebuah sekolah menengah di Putrajaya, saya mengajar Kimia dalam English medium. Alhamdulillah, saya sangat teruja apabila kebanyakan pelajar mahu belajar dan mampu memberi respon dalam BI. Tapi saya masih perlu memberi penerangan dalam BM, bagi memenuhi keperluan pelajar yang pelbagai.

Habis belajar, sempat bertugas sebagai guru ganti di sebuah sekolah kebangsaan di tempat sendiri. Di sini saya melihat kemuncak kezaliman PPSMI terhadap anak bangsa. Kebetulan kelas-kelas yang saya ajar terdiri dari anak-anak Melayu dan India. Runtun hati saya melihat mereka terkulat-kulat membaca teks Sains dalam BI. Faham, jauh lagi la! Padahal mereka bukanlah bodoh.. Saya mengajar ikut kemampuan mereka, nak tak  nak secara tak langsung jadi guru BI.

Satu perkara yang saya kesal, kemudahan yang ada di sini jauh ketinggalan dari apa yang ada di Putrajaya. Bangunan makmal komputer yang nampak gah rupanya hanya berisi mesin yang tak berguna! Di sekolah luar bandar, anak-anak pelajar yang ‘terpilih’ berpeluang mengikuti kelas SBT (Skim Baucar Tuisyen) bagi subjek Sains dan Matematik. Anak-anak yang lain? …

Seorang ibu merayu kepada saya supaya memasukkan anaknya dalam kelas tersebut. “Makcik ni tak pandai nak ajar dia di rumah.. Mata pelajaran lain boleh la tengokkan, tapi Matematik dan Sains Makcik susah, Makcik tak tau..”

Bila saya ajukan kepada guru SBT, jawapannya.. “Kalau ada tempat kosong nanti kita masukkan dia”

“Macam mana boleh ada kosong kalau sekarang dah penuh?”

“Ada kosong bila ada pelajar tarik diri atau pelajar yang hadir tak konsisten, kita keluarkan”

Nampak tak…

Sekarang saya mengajar di sebuah sekolah menengah di Kulim. Sebuah sekolah gred sederhana dalam bandar. Ada pelajar dalam kelas Tingkatan 2 yang saya ajar, tulis baca BM pun masih merangkak.. Tak faham BI, saya cuma boleh bantu bagi penjelasan dalam BM, nak suruh saya cakap Tamil atau Mandarin.. saya tak mampu!

Mungkin pihak yang masih menyokong PPSMI tak berhadapan dengan realiti ini. Anak-anak mereka mungkin tiada masalah belajar Sains dan Matematik dalam BI. Mungkin pemilihan medium komunikasi mereka dirumah banyak membantu. Tapi mungkin juga tak. Seorang pelajar saya (di sekolah kebangsaan) yang keluarganya baru pulang ke Malaysia dari oversea, cakap Londoner la.. tapi tak juga excellent dalam Sains dan Matematik.

Kita ambil satu contoh mudah. Di sekolah harian biasa, katakan pelajar Tingkatan 2. Daripada 7 kelas Tingkatan 2 selepas streamming, berapa kelas yang menempatkan anak-anak yang cream? Biasanya hanya satu atau dua kelas. 5 kelas lagi? Guru-guru PPSMI kebanyakannya akan gunakan kedua-dua bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

Saya pernah menerima protes daripada anak-anak pelajar di awal perkhidmatan saya di sini, kerana mereka ‘Tak Faham’ pengajaran dalam BI. Kalau fikir sakit hati, memang sakit. Tapi disebabkan alasannya ‘Tak Faham”, saya boleh berlapang dada. Kemudian, saya sampaikan ikut kemampuan mereka. Satu perkara lagi, saya hanya menggunakan courseware cd yang dibekalkan oleh MOE pada illustrasi dan animasinya, tanpa suara. Penerangannya, dari saya sendiri.

percobaan_tikus_putih_buah_merah

Apa pula selepas ini..pasca pemansuhan PPSMI? Masih mahu buat dan pakai dasar ‘One Suits for All’ ? Sampai bila kita perlu buat kerja cuba jaya?

Menjadikan ratusan ribu anak-anak pelajar sebagai ‘tikus putih’? Sedangkan kita sedar tahap dan kemampuan pelajar-pelajar yang pelbagai..

Wasiat dari sahabat

” Aisyah, akak ada perkara nak bagitau awak.. Ini amanah dari seorang sahabat, minta akak sampaikan pada awak.”

” Ish.. Kak Gee ni buat saya suspen la. Ok, akak bagitau dulu dari siapa ni?”

” Kak Lala.. “

Malam itu selepas program, saya sempat berbual dengan Kak Gee. Saya suka Kak Gee.. selain pada senyumannya yang manis macam madu, Kak Gee pada saya seorang yang istimewa. Penampilannya sederhana, tapi apabila mendampinginya saya seolah-olah dapat menumpang ketenangan yang ada padanya. Sehingga kini, walaupun hampir dua tahun tak bertemu Kak Gee saya masih merasainya bila hadir memori bersamanya.

” Ok, awak dengar ye..”

Dan Kak Gee membacakan ayat ini, tartil..

dinar

“….Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
(Ath-Tholaaq [65]: 2-3).

Menerima wasiat ini dada jadi sesak, saya terharu. Bukan kerana tak pernah mendengarnya, Alhamdulillah ayat ini telah menjadi amalan saya sejak bersekolah menengah. Saya jadi terharu kerana menerima wasiat sebegini dari seorang sahabat. Subhanallah.. Terima kasih pada Kak Lala dan Kak Gee yang menyampaikan wasiat ini dari hati mereka, lalu jatuh dan tertantap kukuh di hati saya.

Asbabul Nuzul

Menurut banyak riwayat, sebab ayat ini diturunkan Allah adalah kerana peristiwa berkaitan seorang sahabat bernama Auf bin Malik al-Asyja’i yang mempunyai anak lelaki ditawan kaum Musyrikin.

Beliau mengadu perkara itu kepada Rasulullah SAW dan Baginda meminta Auf supaya bersabar sambil bersabda kepadanya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah akan memberi jalan keluar kepadamu.”

Ternyata tidak lama selepas itu anaknya dilepaskan daripada tawanan pihak musuh dan dalam perjalanan ia terserempak seekor kambing kepunyaan musuh lalu dibawanya kambing itu kepada ayahnya.

Kemudian turunlah ayat yang bermaksud: ” Siapa yang bertakwa kepada Allah, Dia menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka dan tidak terfikir sebelumnya.” (Hadis riwayat Ibnu Jarir)

Check this ad!!

eBYG

TAWARAN INI UNTUK ANDA YANG MAHU:

  • TAMBAH PENDAPATAN dengan ‘SMART’ & ‘EFFECTIVE’
  • TINGKAT KUALITI HIDUP
  • PENCEGAHAN & PENAWAR bagi penyakit

Hubungi kami SEKARANG!

BYGProductInsurancebygHalal

Rahsia solat awal waktu

Salam untuk semua. Ini adalah kandungan e-mail yang saya terima dari seorang sahabat. Cuma sumber asalnya saya tak pasti. Namun ada signifikan pada kandungannya, semoga sama-sama ambil manfaat.

“Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam. Ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak ?

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zuhur. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnyaberulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu …). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la …) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya
memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Merekayang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
solat

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi,qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai Pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya …”

Cari HIKMAH

hikmah

Lumrah hidup dikelilingi cabaran

Menyerang diri tanpa masa dan sempadan

Ilmu dan Iman sebagai pelindung

Teruskan usaha meneruskan perjalanan

Berbekal tawakkal di sisi

Doa senjata misteri

Semoga perjalanan masih dapat diteruskan..