Alhamdulillah, dah jumpa..

Doa38(Klik pada gambar untuk besarkan)

Salam. Sedikit perkongsian pengalaman saya mengamalkan doa di atas.

Dua minggu lepas saya dijadualkan menghadiri temuduga untuk pelanatikan ke jawatan tetap PPPS DG41. Surat panggilan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran tersebut hadir ketika saya dan Miza (sahabat sejawat) sedang bertungkus lumus menyiapkan segala keperluan sebelum peperiksaan pertengahan tahun bermula. Panggilan untuk kami agak awal berbanding rakan-rakan lain yang sama-sama posting dulu.

Pada hari kejadian, saya dan Miza bertolak dari Kulim seawal 4.45 pagi dan tiba di tempat temuduga, Hotel Seri Malaysia Alor Setar pada 7.15 pagi. Alhamdulillah, setakat itu semuanya berjalan lancar. Tapi dalam hati kecil saya semacam ada yang tak kena. Perasaan tak sedap tu sebenarnya dah terbetik sejak petang hari sebelumnya; ketika sedang mengajar, tiba-tiba kelopak mata kiri berkedip-kedip hampir seminit sehingga saya terpaksa berhenti sebentar dan mengesat mata. Bagi saya ini petanda kurang baik, biasanya kalau begini akan ada sesuatu yang akan membuatkan saya sedih.

Semacam telah menerima peringatan, saya lebih berhati-hati senyusun segala dokumen yang diperlukan berdasarkan checklist. Setelah yakin semuanya lengkap barulah saya lelapkan mata.. Sehingga pagi esoknya, saya hanya sempat siapkan diri dan qiyam beberapa rakaat sebelum Miza sampai depan rumah.

Tiba masa nama dipanggil, saya menghulurkan fail kepada pegawai SPP yang bertugas memeriksa semua dokumen sebelum calon dipanggil masuk ke bilik temuduga. Selesai menyemak salinan dokumen, pegawai tersebut menyelak fail saya. Tiba-tiba..

“Mana surat tawaran pelantikan cikgu? Tak ada dalam fail ni.” katanya dengan dahi berkerut, masih menyelak fail tersebut.

“Eh, ada dalam fail tu Puan. Boleh bagi saya tengokkan..” Memang saya pasti surat tu ada, saya dah check semalam..

Tiga kali saya ulang selak satu persatu dokumen dalam fail, memang surat asal tu tak ada.

“Tapi Puan, salinannya saya ada..” Hampeh. Ayat ni saya tahu memang tak membantu pun.

“Kita nak surat asal juga, cikgu. Sekarang ni, surat tu ada di mana? “

“Di rumah, Kulim..”

“Hmm..jauh tu. Kalau ada orang boleh hantar, saya akan terima sebelum pukul 11. Kalau tak ada, memang tak boleh temuduga hari ni. Cikgu dah maklumkan?”

Ya Allah.. hanya Dia yang tahu perasaan saya ketika itu. Emosi masih terkawal, nasib baik Puan SPP tu orangnya berbahasa.. Semua calon sedia maklum pada peringatan tegas dalam surat panggilan; Calon yang tidak membawa dokumen lengkap atau tidak membawa dokumen asal tidak akan ditemu duga.

Dipendekkan cerita, Abi dan abang Nuar ( abg ipar) sampai tepat pukul 11 bersama-sama 2 fail peribadi saya. Satu persatu helaian saya periksa, sekali lagi macam sebiji batu besar jatuh atas kepala, saya kecewa. Bayang pun tak nampak..sah, memang tak ada. Ya Allah, ini ujian atau kifarah dosa hamba..

Saya tak dapat sembunyikan perasaan ketika itu. Kasihankan Abi datang dari jauh, sedangkan keadaan tak berubah. Saya tetap tak dapat teruskan sesi temu duga. Juga bimbang tarikh lantikan saya juga akan lewat dari yang sepatutnya.

Macam ni, cikgu balik cari dulu dokumen tu dan hubungi kami bila dah jumpa. Kami akan panggil semula untuk temu duga.” kata pegawai tersebut.

“Tapi, nanti tarikh lantikan saya pun akan lewat juga ke?” kebimbangan saya terpancul.

“Oh, tak.. Cuma lewat temu duga, tarikh lantikan cikgu tak akan terjejas.” jelasnya.

Alhamdulillah..semoga Engkau  mudahkan urusan hamba selepas ini..

Seminggu sejak hari itu saya teruskan usaha mencari dan berdoa (dengan doa di atas). Habis semua fail di bilik dan di meja sekolah saya buka, mana tau mungkin terselit. Satu pagi saya tersedar kira-kira pukul 3 pagi, apa yang saya ingat saya bermimpi berjumpa semula dokumen tersebut walaupun tak dapat ingat di mana saya jumpa. Saya yakin itu alamat positif. Saya tak henti mencari lagi, tapi masih tak jumpa.

Atas nasihat kawan-kawan, saya mula berkira-kira mahu ke KPM untuk selesaikan masalah ini. Pagi tadi saya hubungi KPM, pegawai di sana cuba hubungkan saya dengan Bahagian Perkhidmatan Guru, BPG tapi talian tak bersambut. Saya cuba untuk beberapa kali, namun masih tiada yang menjawab.

Selang beberapa minit selepas saya melepaskan ganggang telefon, Abi call. (Abi ketika itu di Kem PLKN Bukit Besar, program pelajar)

“Anyah, ada berita baik..”

“Berita baik.. Apa Abi?”

“Surat yang hilang tu rupanya ada dalam beg Abi ni..”

“Alhamdulillah..”

Benar, sesungguhnya doa adalah senjata orang mukmin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: