Swine Flu

Selesema apa lagi lepas ni…

Terasa baru sahaja penduduk dunia melepasi masa-masa sukar akibat penularan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan selesema burung H5N1.. Hari ini dunia gempar pula dengan kemunculan wabak selesema babi, H1N1 yang dikatakan bermula di Mexico sekitar dua minggu lalu. Berita kurang enak yang terpaksa ditelan ialah kesukaran Pegawai Kesihatan di sana untuk mengesan dari mana punca jangkitan pertama (babi ke manusia) dan corak jangkitannya.

Melalui Buletin Utama TV3 sebentar tadi, Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan satu kes yang dirujuk di Hospital Pulau Pinang semalam tidak melibatkan wabak ini. Alhamdulillah, tanah airku ini masih selamat dari ancamannya.

newsimage

Antara yang menarik perhatian saya mengenai isu ini ialah larangan menggunakan nama “Selesema Babi” oleh Kementerian Kesihatan. Alasan yang diberikan, supaya seragam dengan istilah yang dikeluarkan oleh WHO bermula 30 April lalu. Ironinya, kalau semalam semua laporan media menggunakan istilah Influenza A(H1N1), laporan media hari ini yang saya sempat perasan terus menggunakan nama selesema babi (kenapa ya? agaknya senang sket nak nyebutnya..).

Soal nama yang melibatkan makhluk Allah ini memang selalu ada kontroversi. Seingat saya dulu pernah Kementerian Penerangan mewar-warkan penggunaan istilah “khinzir” bagi menggantikan nama “babi” (hatta siput babi pun dapat nama baru!). Rasanya babi pun tak kisah kan…

Apapun, wabak ini tetap perlu di lihat sebagai ancaman negara walaupun berkali-kali Menteri Kesihatan menegaskan Malaysia masih bebas dari bahayanya. Tak perlu panik, cuma ambil langkah mengutamakan kebersihan diri dan persekitaran kita. Insya Allah, kita akan terselamat dari penyakit selesema burung, babi atau apa sahaja penyakit yang berjangkit.

Info terkini tentang Influenza A(H1N1) boleh di dapati di sini dan di sini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: