Surat Seorang Ibu

Advertisements

Alhamdulillah, dah jumpa..

Doa38(Klik pada gambar untuk besarkan)

Salam. Sedikit perkongsian pengalaman saya mengamalkan doa di atas.

Dua minggu lepas saya dijadualkan menghadiri temuduga untuk pelanatikan ke jawatan tetap PPPS DG41. Surat panggilan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran tersebut hadir ketika saya dan Miza (sahabat sejawat) sedang bertungkus lumus menyiapkan segala keperluan sebelum peperiksaan pertengahan tahun bermula. Panggilan untuk kami agak awal berbanding rakan-rakan lain yang sama-sama posting dulu.

Pada hari kejadian, saya dan Miza bertolak dari Kulim seawal 4.45 pagi dan tiba di tempat temuduga, Hotel Seri Malaysia Alor Setar pada 7.15 pagi. Alhamdulillah, setakat itu semuanya berjalan lancar. Tapi dalam hati kecil saya semacam ada yang tak kena. Perasaan tak sedap tu sebenarnya dah terbetik sejak petang hari sebelumnya; ketika sedang mengajar, tiba-tiba kelopak mata kiri berkedip-kedip hampir seminit sehingga saya terpaksa berhenti sebentar dan mengesat mata. Bagi saya ini petanda kurang baik, biasanya kalau begini akan ada sesuatu yang akan membuatkan saya sedih.

Semacam telah menerima peringatan, saya lebih berhati-hati senyusun segala dokumen yang diperlukan berdasarkan checklist. Setelah yakin semuanya lengkap barulah saya lelapkan mata.. Sehingga pagi esoknya, saya hanya sempat siapkan diri dan qiyam beberapa rakaat sebelum Miza sampai depan rumah.

Tiba masa nama dipanggil, saya menghulurkan fail kepada pegawai SPP yang bertugas memeriksa semua dokumen sebelum calon dipanggil masuk ke bilik temuduga. Selesai menyemak salinan dokumen, pegawai tersebut menyelak fail saya. Tiba-tiba..

“Mana surat tawaran pelantikan cikgu? Tak ada dalam fail ni.” katanya dengan dahi berkerut, masih menyelak fail tersebut.

“Eh, ada dalam fail tu Puan. Boleh bagi saya tengokkan..” Memang saya pasti surat tu ada, saya dah check semalam..

Tiga kali saya ulang selak satu persatu dokumen dalam fail, memang surat asal tu tak ada.

“Tapi Puan, salinannya saya ada..” Hampeh. Ayat ni saya tahu memang tak membantu pun.

“Kita nak surat asal juga, cikgu. Sekarang ni, surat tu ada di mana? “

“Di rumah, Kulim..”

“Hmm..jauh tu. Kalau ada orang boleh hantar, saya akan terima sebelum pukul 11. Kalau tak ada, memang tak boleh temuduga hari ni. Cikgu dah maklumkan?”

Ya Allah.. hanya Dia yang tahu perasaan saya ketika itu. Emosi masih terkawal, nasib baik Puan SPP tu orangnya berbahasa.. Semua calon sedia maklum pada peringatan tegas dalam surat panggilan; Calon yang tidak membawa dokumen lengkap atau tidak membawa dokumen asal tidak akan ditemu duga.

Dipendekkan cerita, Abi dan abang Nuar ( abg ipar) sampai tepat pukul 11 bersama-sama 2 fail peribadi saya. Satu persatu helaian saya periksa, sekali lagi macam sebiji batu besar jatuh atas kepala, saya kecewa. Bayang pun tak nampak..sah, memang tak ada. Ya Allah, ini ujian atau kifarah dosa hamba..

Saya tak dapat sembunyikan perasaan ketika itu. Kasihankan Abi datang dari jauh, sedangkan keadaan tak berubah. Saya tetap tak dapat teruskan sesi temu duga. Juga bimbang tarikh lantikan saya juga akan lewat dari yang sepatutnya.

Macam ni, cikgu balik cari dulu dokumen tu dan hubungi kami bila dah jumpa. Kami akan panggil semula untuk temu duga.” kata pegawai tersebut.

“Tapi, nanti tarikh lantikan saya pun akan lewat juga ke?” kebimbangan saya terpancul.

“Oh, tak.. Cuma lewat temu duga, tarikh lantikan cikgu tak akan terjejas.” jelasnya.

Alhamdulillah..semoga Engkau  mudahkan urusan hamba selepas ini..

Seminggu sejak hari itu saya teruskan usaha mencari dan berdoa (dengan doa di atas). Habis semua fail di bilik dan di meja sekolah saya buka, mana tau mungkin terselit. Satu pagi saya tersedar kira-kira pukul 3 pagi, apa yang saya ingat saya bermimpi berjumpa semula dokumen tersebut walaupun tak dapat ingat di mana saya jumpa. Saya yakin itu alamat positif. Saya tak henti mencari lagi, tapi masih tak jumpa.

Atas nasihat kawan-kawan, saya mula berkira-kira mahu ke KPM untuk selesaikan masalah ini. Pagi tadi saya hubungi KPM, pegawai di sana cuba hubungkan saya dengan Bahagian Perkhidmatan Guru, BPG tapi talian tak bersambut. Saya cuba untuk beberapa kali, namun masih tiada yang menjawab.

Selang beberapa minit selepas saya melepaskan ganggang telefon, Abi call. (Abi ketika itu di Kem PLKN Bukit Besar, program pelajar)

“Anyah, ada berita baik..”

“Berita baik.. Apa Abi?”

“Surat yang hilang tu rupanya ada dalam beg Abi ni..”

“Alhamdulillah..”

Benar, sesungguhnya doa adalah senjata orang mukmin..

Doa Istikharah

Doa48

(Klik pada gambar untuk besarkan)

Introducing the SNE Products..

“Sesungguhnya bagi setiap penyakit itu ada ubatnya. Maka apabila ubat itu serasi dengan penyakit, ia akan sembuh dengan izin Allah azza wajalla” – Riwayat Muslim dari hadis Abi Az-Zubair dari Jabir dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.

Saudara pembaca dijemput ke http://citradinamik.blogspot.com/

Fastabiq khairat!

When I was young and free

and my imaginations had no limits,

I dreamed of changing the world.

As I grew older and wiser

I realized the world would not change.

And I decided to shorten my sights somewhat

and change only my country,

but it too seemed immovable.

As I entered my twilight years,

in one last desperate attempt,

I sought to change only my family,

those closest to me,

but at last they would have none of it.

And now here I lie on my death bed

and realize (perhaps the first time)

that if only I’d changed myself first,

then by example I may have influenced my family

and with their encouragement and support,

I may have bettered my country,

and who knows I may have changed the world.

~Covey, S. “7 Habits of Highly Effective Teens”~

“…Barangsiapa yang membawa kebaikan, maka ia memperoleh (balasan) yang lebih baik daripadanya, sedang mereka itu adalah orang-orang yang aman tenteram daripada kejutan yang dahsyat pada hari itu…” [An-Naml:89]

mujahadah

Kepada semua pelajar dan adik-adikku,

SELAMAT BERMUJAHADAH!

Ajar & Didik

Walaupun hari ni dah 23hb Mei, saya masih ingin menitipkan dedikasi buat seluruh insan bergelar guru khususnya buat guru-guru saya yang telah mencurahkan jasa dan pengorbanan mereka, sehingga membentuk diri saya kini. Terima kasih, Cikgu!

 

Sambutan Hari Guru tahun ini saya sambut dengan lafaz takbir dan hamdalah yang berpanjangan. Doa saya, mohon terus diizinkan Tuhan untuk bersama-sama membajai benih-benih hijau di hadapan saya ini, semoga kelak akan bertunas dan berbuah menjadi penawar buat ummah.

PICT0610usah peduli kata mereka, yg penting kita yakin dgn keupayaan diri. tahniah!

IMG_6062your future in not in the hand of your teachers, but in your hands!

1_426779469lpesan cikgu, “jaga akhlak, hiasi peribadi kalian”

IMG_6064kalian pernah mencorak warna-warni dalam hidup cikgu

Saya  masih terlalu mentah dalam bidang ini, dan saya sedar bahawa memikul amanah sebagai pendidik mutakhir ini bukan kerja mudah. Rasanya tak salah kalau saya katakan ragam anak-anak sekarang jauh lebih advance dalam sesetengah perkara, tetapi terlalu naif dalam sudut yang lain berbanding anak-anak seusia mereka pada sepuluh tahun dulu. Ini  saya jumpa apabila saya bandingkan dengan pengalaman guru-guru yang lebih senior. Mereka ini sudah memikul amanah mendidik ketika saya masih pening bermain angka.

Cabaran paling berat bagi seorang guru setiap hari sebenarnya bukanlah pada tugasnya menyampaikan kandungan pelajaran, tetapi mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan pada hari itu. Kalau ada di kalangan pembaca yang juga guru dan mengajar anak-anak ‘cream‘, mungkin ketahanan yang diperlukan  berbeza berbanding imuniti yang diperlukan oleh guru-guru yang berada di sekolah-sekolah harian biasa. Dalam tempoh sekurang-kurangnya 40 minit di dalam kelas, macam-macam yang boleh berlaku. Sumbang langkah cikgu, takut  jadi kes naya!

Merelakan diri dalam dunia pendidikan menuntut seorang guru mengorbankan banyak perkara dalam hidupnya. Kalau mahu pegang wang besar dan impikan mobil mewah, imbuhan kita tak cukup… Kalau mahu dihormati dan disanjungi, bimbang nanti makan hati sendiri… Kalau mahu goyang kaki lepas waktu kerja, belum tentu dapat…

Di sebalik semua ini, Allah mengingatkan kita tentang tingginya martabat orang-orang yang berilmu di kalangan hambaNya..
“Wahai orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang daripada tempat duduk kamu (untuk orang lain), maka lapangkanlah seboleh-bolehnya, supaya Allah melapangkan (serba-serbinya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun, maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang yang beriman di antara kamu, dan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan.” -Al Quran

Maka saya ingin berpesan pada diri saya sendiri untuk sentiasa IKHLAS dan bersifat IHSAN dalam menjalankan amanah ini. Anak-anak perlu dibentuk mengikut zamannya, then baru kita dapat faham gelojak dalam hati mereka. Dan jiwa yang tenang dan aman hanya dapat dibentuk oleh jiwa yang penuh hikmah dan diredhai Tuhannya. (kalau pembaca rasa ada manfaat dalam pesan ini, silakan kongsi bersama)

Guru o Guru

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Previous Older Entries