Batu Terapung di Palestin
17 Dec 2009 Leave a Comment
** Salamun’alaik.. Mohon kongsi dgn para jemaah sekalian..
Ramai sgt yg sebar gambar palsu.. Ini gambar sahih terkini dari bumi Palestine..
[GAMBAR TERKINI] BENARKAH: Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra’ Mikraj Di Palestin..? Sila ke;
http://qhazanah.wordpress.com/2009/07/21/benarkah-batu-terapung-dalam-peristiwa-isra-mikraj-di-palestin/
Syukran.. **
Setiap kali menjelang kalendar Rejab sempena kedatangan tarikh peristiwa Isra’ Mikraj, pasti gambar-gambar ini disebarkan ke serata dunia maya dan hasilnya, ramailah yang mempercayainya.. Berikut adalah gambar-gambar palsu yang kononnya ia adalah Batu Terapung atau Batu Tergantung seperti yang tercatat dalam peristiwa Israk Mikraj, tersebar meluas di dalam internet. Dan juga.. Ia diguna pakai dalam khutbah multimedia di masjid-masjid di KL..!
Gambar PALSU kononnya Batu Terapung / Tergantung di Palestine ini terus disebarkan dan amat kurang bagi mereka yang bertanya akan kesahihannya. (He-eh..? Kan terapung tu ustaz..? )
Gambar PALSU 2
Gambar batu yang serupa dari sudut yang lain. Dah Nampak..?
Gambar PALSU 3
Juga satu lagi sudut gambar palsu ini. Dah jelas..? Belum..?
Gambar PALSU 4
Sekali lahi sudut yang lain ganbar palsu ini. Haa.. Jelas..?
Gambar PALSU 5
Tadaa.. ‘Breaking The Magician Code: The Magic Secret Reavealed’. Teknik murahan rupanya.. Guna Photoshop.. Jadi.. Mana yang ASLInya..?
Berikut yang penulis sertakan adalah gambar ASLI dan SAHIH Batu Terapung yang disebut dalam peristiwa Isra’ Mikraj..
Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra’ Mikraj
Berikut adalah soal-jawab dari seorang hamba Allah dengan Dato’ Dr. Haron Din mengenai Batu Terapung / Tergantung seperti yang dinyatakan dalam sejarah Isra’ Mikraj baru-baru ini.
SOALAN: Dato’, saya telah melihat gambar dalam internet dan mendengar beberapa ceramah Israk Mikraj, ada penceramah menunjukkan gambar batu besar yang tergantung-gantung di Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis. Adakah benar batu itu tergantung-gantung (tidak berpihak di bumi) dan terlepas daripada tarikan graviti. Pohon Dato’ perjelaskan apakah yang sebenarnya. – ZAINAL AHMAD
JAWAPAN Dato’ Dr Haron Din:
Tempat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Dimikrajkan
Ulama umumnya berpendapat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermikraj dari satu tempat di Baitulmaqdis yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan). Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis.
Pengalaman Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi
Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud ‘Tempat Nabi bermikraj’, disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): “Berkatalah al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.
“Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.”
“Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.”
“Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain.”
Inilah penulisan yang saya rujuk daripada penulisan seorang ulama besar yang dikenali dengan nama Ibnul ‘Arabi. Daripada sinilah timbul cerita demi cerita yang menyatakan batu tempat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tergantung-gantung. Itu adalah cerita dahulu. Ada sandarannya, ada catatannya dalam kitab-kitab yang berautoriti, termasuk daripada kitab yang saya sebutkan tadi.
Batu Terapung Pada Hari Ini Dari Pengalaman Dato’ Dr Haron Din
Ada pun mutakhir ini, saya sendiri berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah (kubah yang di bawahnya ada batu). Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa.
Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam akan dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid dengan Qubbatul Sakhrah ini.
Satu lagi gambar asli dan sahih Batu Terapung. Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu Terapung.
Meneliti Batu Terapung
Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan. Gambaran sekarang ini, batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya. Saya menganggarkan keluasan tempat itu, sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika untuk masuk bersesak-sesak boleh sampai 150 orang.
Keadaan Berubah
Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh. Di segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia tergantung seperti yang dijelaskan di atas. Semasa lawatan itu, saya kebetulan bertemu dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ, di samping pemandu pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu besar yang macam payung itu tergantung-gantung.
Kegerunan Hati Manusia
Oleh kerana banyak pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka terperanjat dan amat gerun dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani masuk di bawah batu itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap. Memandangan hal keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai tanggapan orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa mengambil tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi.
Gambar simpanan lama Batu Terapung dari sudut atas.
Mengapa Berubah..?
Ketakutan pembesar-pembesar zaman ini samalah seperti yang dirasai oleh al-Imam Aku Bakar Ibnul ‘Arabi seperti dalam bukunya. Maka atas itulah batu tersebut sudah tidak lagi kelihatan tergantung-gantung, tetapi ia menjadi seperti sebuah bangunan yang di bawahnya boleh dimasuki, ia kelihatan seperti sebuah batu biasa yang dapat dilihat. Wallahua’lam.
6 Oktober
06 Oct 2009 Leave a Comment
Hari ini ulangtahun kelahiran almarhumah ummi. Setiap kali tiba tarikh ini, saya tenggelam dalam memori bersamanya. Kenangan yang masih basah seakan baru semalam kami melaluinya bersama. Kini, hanya doa yang menjadi hadiah dari anak-anak untuk ummi tercinta..
Syawal sebulan, Raya..?
05 Oct 2009 1 Comment
Lamanya tak update blog nih
Kalau rumah ditinggalkan selama ni, tak dijenguk.. mau lalang setinggi orang dah!
ohh tidak!! tak le buruk macam ni kn..
![]()
Apapun, orang Malaysia masih dalam mood raya
ye tak?
Budaya orang di sini, rayanya selama sebulan Syawal. Maka dalam sebulan inilah banyak dianjurkan ‘open house’ di sana sini. Ada satu hari, acik merungut sebab tak larat dah ikut beraya..
“Hari ni kita raya lagi ke anyah? semalam kan dah raya…”
Ini la rupa acik tgh melantak feveret menu..laksa. Kalau ada menu ni, makan sampai malam pun boleh
![]()
Bagi saya, selagi ruang dan peluang yang ada dalam Syawal ini dimanfaatkan sebaik-baiknya dalam lunas norma yang dibenarkan syarak, tak jadi masalah. Budaya berziarah, merapatkan silaturrahim, bermaaf-maafan dan bersedekah memang dituntut dalam agama, asalkan tidak bercampur dengan unsur-unsur syubhah dan haram. Malah sebaik-baiknya diteruskan dalam bulan-bulan yang lain.
Ok, kita renung firman Allah dan hadis yang berkaitan dengan hari raya..
Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan supaya kamu membesarkan Allah dengan Takbir dan Tahmid kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur. – Quran
Daripada Umamah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda: Barangsiapa mengerjakan amal ibadah pada malam Hari Raya Aidilfitri dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati pada hari kiamat sebagai matinya hati orang-orang yang kafir ingkar pada hari kiamat.
Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tabrani r.a. yang bermaksud: Barangsiapa menghayati malam Hari Raya Aidil Fitri dan malam Hari Raya Aidil Adha dengan amal ibadah sedang dia mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati seperti hati orang-orang kafir.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir dan Tahmid.
Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Anas r.a. yang bermaksud: Hiasilah kedua-dua Hari Raya kamu iaitu Hari Raya Puasa dan juga Hari Raya Korban dengan Takbir, Tahmid dan Taqdis.
Daripada maksud firman Allah dan sabda Rasulullah S.A.W. tersebut dapat kita faham betapa besar kemuliaan yang tersedia, terutama pada malam hari raya buat para hamba yang benar-benar menghayati nilai kemenangan yang dikurniakan Allah. Semoga kita termasuk dalam golongan orang-orang yang bersyukur dan diizinkan lagi bertemu Ramadhan akan datang.. Amin.
someone is missing.. K.Long tak de di pagi raya, bersama famili mertua
sebahagian daripada ahli keluarga di Bagan Serai
Feel free to view more raya photos on my Flickr
Pergi tak kembali
14 Aug 2009 Leave a Comment
Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku… – Ustaz Asri
Perginya Ustaz Asri tak kembali lagi..
Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada…lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang…ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
Selamat Datang Ramadhan!
11 Aug 2009 Leave a Comment
“Ya Allah, pertemukan kami dengan Ramadhan. Bantulah kami Ya Allah untuk menunaikan ibadah puasa dengan sebaik-baiknya dan melakukan Qiam pada malamnya. Ya Allah, terimalah segala amalan kami ini. Amin”
Beberapa jam lagi akan masuk 21 Sya’ban, tinggal 9 hari lagi Ramadhan tiba menjengah kita.
Tetamu agung yang dikirim bersamanya pengampunan dari semua kejahatan, pengampunan dari segala dosa dan pembebasan dari nar jahannam..
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.” [ 29:69 ]
nak lepas rasa!
23 Jun 2009 Leave a Comment
Mungkin lain sikit bunyi entri kali ini. Saya cuma mahu ‘lepas rasa’ di sini. Macam-macam yang saya rasa..
Pada perkara yang membuatkan saya rasa GERAM dan PANAS HATI!
Rasa nak JERIT!
Rasa KECEWA dan SEDIH kerana saya tak mampu menjadikannya seperti apa yang saya mahukan…
Perlukah saya BIMBANG kan apa yang akan terjadi esok?
O Allah.. ubatilah KEGUSARAN dalam hati hamba..
Mohon maaf di atas KHILAF dan KEKURANGAN saya
Ada ketika RINDU datang bertamu. Rasa sakit mengharap memori hadir semula
Saya perlu KETENANGAN dan KEWARASAN untuk menghadapi semua rasa ini
Mengingati masa-masa BAHAGIA dan memahami erti SYUKUR
“Ingat, dulu Allah pernah menolongmu, dan yakinlah Dia pasti akan bersamamu. Jagalah Allah, Dia akan menjagamu..”
Teruskan permusafiran ini!
Jauh untuk Dekat
14 Jun 2009 3 Comments
“Suami Mak Long dah 6 tahun mati.. sempat la 13 tahun jaga dia, lumpuh. Tahun ni Dia ambil mak Mak Long, sebulan lepas tu menantu lelaki Mak Long. 16 hari lepas tu pulak anak lelaki Mak Long..”
Mak Long menuturkannya satu persatu. Saya lihat Mak Long senyum, namun ada getar pada suara tuanya.
“Tak dapat cerita macam mana Mak Long rasa, bukan tak redha.. Mak Long bukan tak terima. Yang dah pi tu, tak apa la.. selesai dah depa. Cuma Mak Long susah hati tengok anak cucu bila bapak depa tak ada dah..”
Saya membetulkan duduk, mahu tatap betul-betul mata Mak Long. Hati saya terusik. Seakan Mak Long benar-benar mahu teman bercerita ketika itu. Biarlah saya yang menemaninya, saya juga tahu bagaimana ‘rasa’ itu.
Pertemuan
Pagi itu saya temankan Kak Long ke klinik, rutin pemeriksaan kandungannya. Sememangnya saya telah menduga akan menunggu lama, maka kertas jawapan pelajar yang masih berbaki jadi ‘bekalan’ saya sementara menunggu Kak Long selesai urusan.
Sedang asyik memeriksa kertas, seorang gadis sebangsa mengambil tempat di sebelah kiri saya. Saya mendongak dan menyapanya dengan senyuman. Namun saya jumpa riak gelisah di wajahnya dan sipi-sipi terdengar omelannya, perlahan tapi cukup untuk menggetarkan gegendang telinga, mencetus impuls elektrik di koklea dan saya faham dia sudah lama menunggu, mungkin lebih lama dari saya. Keinginan untuk memulakan perbualan saya pendamkan dulu.
Seketika, gadis manis itu bangun dan berlalu. Tempat duduknya diganti seorang makcik, kelihatan seusia Mak Long di kampung. Saya ketika itu sudah pening lalat mengadap kertas jawapan, meletakkan pen dan menyambut salam makcik.
Dari perbualan dengan makcik yang selesa membahasakan dirinya Mak Long, awalnya berkisar tentang demam chikugunya yang kebelakangan ini menjadi ancaman kepada negara. Mak Long baru sehari dua benar-benar kebah daripadanya. Sedikit sebanyak saya faham kondisi Mak Long, seperti Tok di kampung yang turut menjadi mangsa sebulan lalu. Kata Mak Long sakitnya rasa sampai ke tulang kering!
Sakit sebagai peringatan
13 tahun Mak Long menjaga Pak Long, ibarat menatang minyak yang penuh. Segala keperluan Mak Long penuhi demi memastikan keselesaan insan tersayang biarpun dalam keterbatasan kudratnya. Selama tempoh itu juga pelbagai kerja Mak Long buat, demi memastikan persekolahan anak-anak tidak terjejas. Alhamdulillah, Mak Long bersyukur kerana dapat mendidik amanah yang ditinggalkan Pak Long dengan sebaiknya.
Saya kagum dengan kekuatan yang Allah kurniakan pada Mak Long, tulus cintanya membutakan matanya dari memandang dunia. Mak Long makin redha bila diuji dengan kehilangan ibu, anak dan menantunya dalam tempoh yang singkat. Tarbiyah yang datang secara langsung Mak Long sambut dengan lapang dada.
Anak lelaki Mak Long pergi sehari selepas hari terakhir menziarahi Mak Long di kampung. Kata Mak Long, petang itu arwah nampak sihat tiada tanda untuk dia pergi selama-lamanya. Esoknya Mak Long menerima berita kematian anaknya, penyakit jantung merengut hayatnya tanpa isyarat awal!
Menggamit rindu pada Ummi
Pengalaman saya menghadapi pemergian Ummi tercinta sangat perit. Hati pedih bagai disiat-siat, hanya air mata yang dapat menterjemah bahasanya. Kesempatan 2 minggu yang dikurniakan Allah kepada saya untuk menabur khidmat terakhir kepada Ummi amat-amat saya syukuri.
” Anyah dah nak balik Sabtu ni ye..” Ummi sekali lagi bertanya, entah untuk kali ke berapa.
” Ummi.. Pah dengan Mak Nyah kan ada nanti..” Saya cuba memujuk Ummi.
” Tapi tak sama.. Pah tak larat nak angkat Ummi..”
Ya Allah.. runtun hati ini mendengarnya. Ummi memang tak nak susahkan orang. Tapi kudratnya ketika itu tak semampu dulu. Urusan peribadi Ummi perlu dibantu.
Sebetulnya saya menyesal kerana memberitahu Ummi bahawa cuti semester hampir habis. Opah dan Mak Nyah sampai dari kampung sebentar tadi bakal menggantikan tempat saya menguruskan Ummi.
Pada waktu yang lain, soalan yang sama meluncur laju dari bibir Ummi.
” Tak pe, anyah jaga Ummi” Saya menjawab walaupun tak pasti sampai bila. Yang pasti saya mahu terus menjaganya.
Pena telah diangkat. Kalam Allah pada takdir Ummi telah jelas tertulis. Ummi pergi dalam redha Abi dan Opah. Diiringi doa kudus anak-anaknya..
Oh Tuhan.. hamba rindu untuk mendakap tubuh Ummi dan mencium pipi mulusnya..
Tahun ini, masuk tahun keenam Ummi pulang menemui Penciptanya. Dan sepanjang tempoh itu kami tak pernah dapat melupakannya. Mengingat kembali bait kata-kata Abi kepada kami adik-beradik..
” Ummi pergi dengan seribu rahmat dari Tuhan. Allah jauhkan kita untuk kita bertemu dekat di akhirat nanti. Insya Allah..”
Memori semalam
02 Jun 2009 3 Comments
weh.. posing je lebih. tolong Abi nyalakan arang dulu la
mak buyong pun nak join.. baik-baik turun..
bersama adik-adik, dari kiri: k.huda, acik, adik Ona dan k.eka
Ejah dan kak long mengimbau kenangan tangkap ‘chek cibor’ dulu-dulu.haha best
![]()
Rehlah Keluarga di Hutan Lipur Ulu Paip
01 Jun 2009 Leave a Comment
Salam. Just a short note..
Alhamdulillah, sehingga pagi ni semua dah ada di rumah kecuali Kamil yang sedang bertugas (tak bagi tau dia pu plan hari ni.huhu..). Sekarang tengah bersiap-siap untuk ke Hutan Lipur Ulu Paip. Tempat ni antara tempat favourite dan yang paling praktikal (darjah capaian yang rendah) untuk rehlah keluarga kami.










































