Anaaisyah
Ada falsafah pada “Layang-Layang Terbang Tinggi”. Bukan cerita tragis ‘layang-layang yang putus talinya’, tapi kisah perjuangan layang-layang yang melawan angin sepanjang perjalanan hidupnya. Tidak sesekali beralah pada deru angin, justeru layang-layang mahu terus terbang tinggi semata-mata mematuhi tujuan hidup yang diyakini. Sehingga sampai penentuan dariNya, layang-layang pulang menggalas redha..
Nama saya Aisyaturradhiah Bt. Khazali. Anak ke-2 hasil perkongsian hidup Abi Ummi tercinta, Hj. Khazali b. Hj. Ahmad dan Allahyarhamah Hjh. Kamarulrahan bt. Hj. Alias telah dilahirkan di Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan.
Kini menetap bersama keluarga di Lunas, Kedah. Bertugas sebagai pendidik di sebuah sekolah di daerah Kulim, Kedah.
Sebarang pandangan dan komen membina dari saudara/i pembaca budiman amat saya alu-alukan
