dan berSABARlah

haula2

Terjemahan:
“cukuplah Allah sebaik-baik wakil, sebaik-baik
pemimpin dan sebaik-baik penolong. Tiada daya
dan upaya melainkan dengan (pertolongan dan kekuatan)
Allah yang maha tinggi kedudukan dan maha agung”

Adukanlah susah dan gelisah pada Dia, yang Maha Mendengar dan Mengetahui tentang kedudukan hatimu.. dan Dialah sebenar-benar Penolong.

 

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

“Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati.”

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, “Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini.”

Abu Hassan bertanya, “Bagaimana hal yang merisaukanmu?”

Wanita itu menjawab, “Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, “Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?”

Jawab adiknya, “Baiklah kalau begitu,” Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu.

Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan.

Dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya.

Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua.”

Lalu Abul Hassan bertanya, “Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu?”

Wanita itu menjawab, “Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka.”

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.

Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi: “Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya.”

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang.”

Dan sabdanya pula, “Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka.” (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Qala Allah: “Ya ayyuhallazeena aamanu Isbiru wa Saabiru wa Raabitu wa AttaquLlah…..(ilakh)”

sky

catatan dinihari

Mata saya tak mau lelap lagi. Ada rasa sesal dan resah yang mendesak. Lantas saya mencari sesuatu buat penawar..

“Tiadalah terjadi sebarang musibah di bumi dan tiada juga (terjadi) di dalam diri kamu sendiri kecuali ianya telah sedia termaktub di dalam kitab ( di sisi kami ) sebelum Kami lepaskannya. Sesungguhnya itu di sisi Allah adalah teramat mudah. Yang demikian adalah agar kamu tidak berduka cita di atas apa yang telah hilang daripadamu dan kamu tidak pula bersuka ria dengan apa yang kamu perolehi. Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan bermegah – megah.”  al Hadid:22,23

Ya Allah.. ampunilah hamba!



Never Give Up!

Saya nak share dengan semua yang menziarah, especially kepada adik-adik dan pelajar-pelajar tak kira la di peringkat mana pun kalian..

dan jangan le jadi macam ni.. huhu :(

Penggredan baru SPM

gred baru

Rujuk pemberitahuan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, di sini.

Selamat Bermujahadah!

mujahadah11

Salam Imtihan buat adik-adik, calon PMR 2009!

Teruskan bermujahadah dalam baki ruang yang ada. Insya Allah, Tuhan tidak akan mensia-siakan keringat kalian yang gugur selama ini :P

p/s: antara wirid yang baik diamalkan, yakinlah Allah pasti membuka jalanNya..

rahsia

6 Oktober

DSC00381

Hari ini ulangtahun kelahiran almarhumah ummi. Setiap kali tiba tarikh ini, saya tenggelam dalam memori bersamanya. Kenangan yang masih basah seakan baru semalam kami melaluinya bersama. Kini, hanya doa yang menjadi hadiah dari anak-anak untuk ummi tercinta..

doa_ibu_bapa

Syawal sebulan, Raya..?

Lamanya tak update blog nih :P Kalau rumah ditinggalkan selama ni, tak dijenguk.. mau lalang setinggi orang dah!

4777485052

ohh tidak!! tak le buruk macam ni kn.. :(

Apapun, orang Malaysia masih dalam mood raya :P ye tak?

Budaya orang di sini, rayanya selama sebulan Syawal. Maka dalam sebulan inilah banyak dianjurkan ‘open house’ di sana sini. Ada satu hari, acik merungut sebab tak larat dah ikut beraya..

“Hari ni kita raya lagi ke anyah? semalam kan dah raya…”

DSC01133

Ini la rupa acik tgh melantak feveret menu..laksa. Kalau ada menu ni, makan sampai malam pun boleh :)

Bagi saya, selagi ruang dan peluang yang ada dalam Syawal ini dimanfaatkan sebaik-baiknya dalam lunas norma yang dibenarkan syarak, tak jadi masalah. Budaya berziarah, merapatkan silaturrahim, bermaaf-maafan dan bersedekah memang dituntut dalam agama, asalkan tidak bercampur dengan unsur-unsur syubhah dan haram. Malah sebaik-baiknya diteruskan dalam bulan-bulan yang lain.

Ok, kita renung firman Allah dan hadis yang berkaitan dengan hari raya..

Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan supaya kamu membesarkan Allah dengan Takbir dan Tahmid kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur. – Quran

Daripada Umamah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda: Barangsiapa mengerjakan amal ibadah pada malam Hari Raya Aidilfitri dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati pada hari kiamat sebagai matinya hati orang-orang yang kafir ingkar pada hari kiamat.

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tabrani r.a.  yang bermaksud: Barangsiapa menghayati malam Hari Raya Aidil Fitri dan malam Hari Raya Aidil Adha dengan amal ibadah sedang dia mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati seperti hati orang-orang kafir.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir dan Tahmid.

Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Anas r.a. yang bermaksud: Hiasilah kedua-dua Hari Raya kamu iaitu Hari Raya Puasa dan juga Hari Raya Korban dengan Takbir, Tahmid dan Taqdis.

Daripada maksud firman Allah dan sabda Rasulullah S.A.W. tersebut dapat kita faham betapa besar kemuliaan yang tersedia, terutama pada malam hari raya buat para hamba yang benar-benar menghayati nilai kemenangan yang dikurniakan Allah. Semoga kita termasuk dalam golongan orang-orang yang bersyukur dan diizinkan lagi bertemu Ramadhan akan datang.. Amin.

IMG_1314someone is missing.. K.Long tak de di pagi raya, bersama famili mertua

IMG_1370sebahagian daripada ahli keluarga di Bagan Serai

Image0644

Image0645

IMG_1318

IMG_1319

Feel free to view more raya photos on my Flickr :)

0

The silence is too loud. Once the noise is gone..

silence_by_donjuki

cinta dalam tasbih Ramadhan

Maha Suci Allah, Tuhan yang berkuasa ke atas setiap denyut nadi. Dia Tuhan Pemutus yang berhak menentukan apa sahaja pada mahuNya.

Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah, diizinkan bertemu semula..bulan mulia yang di angkat tinggi kedudukannya. Di dalamnya tersembunyi malam seribu rahmat, dan telah sampai kepada Rasulullah panduan teragung pemisah di antara iman dan kufur.

Lewat rindu seorang tetamu Ramadhan, teringin menghirup segala santapan dalam hidangan. Semoga Ramadhan ini yang terbaik bagi hamba hingga akhirnya.Ameen.

pray

tamu ramadhan tamu al-Quran (http://nikabduh.wordpress.com/)

Dia mencipta dan Dia memilih. Dia bebas dengan kehendak dan mahuNya. DiciptaNya langit dan bumi, lalu dilayarkan lewat  samudera masa dalam 12 bulan yang berulang – ulang. DipilihNya 4 daripadanya, lalu dinobatkan kemuliaannya sebagai bulan – bulan yang haram (mulia). Itulah pilihanNya sedari alam tercipta di tangan dan mahuNya.

Ramadhan adalah daripada 12 tetapi bukan daripada 4 yang terpilih oleh mahuNya itu. Ia terpinggir dari arus kemuliaan tetapi ia tiada gusar! Ia menanti dalam sabar dan rindu. Ia merindu dalam cinta dan tasbih. Saatnya nabi agung terutus, saatnya umat agung terbangkit, ia akan menari dan bersuka ria dalam malam tiada terperi.

Di malamnya, satu daripada 30, dari lapis langit ketujuh tersaksilah pada sekelian alam kejadian janji agung yang terkota oleh al Rabbul Jalil. Turun berjejeranlah dan berbanjar – banjarlah para malaikat Allah didepani ‘al Ruuh’   beralunan lunak tasbih dan tahmid, memuji dan memuja pada meraikan dan merayakan turunnya sebuah janji agung daripada empunya semesta alam, Rabbul alamiin.

Malam itu al Quran turun. Turunlah dari kota Lauh Mahfuz, dari utuh Ummil Kitab, dari sisi arasyNya yang agung. Turunlah ke lapis terbawah daripada langit yang terhias oleh jutaan bintik – bintik bintang bercahaya berkerdipan bagai lampu – lampu neon di majlis perajaan.

Ia malam penuh berkat. Diberkati dan memberkati. Malam Lailatul Qadr. Malam setanding seribu bulan, sejangkau 80 tahun hayat insani. Berimanlah, beramallah di malam terkota janji ganjaran seribu bulan dalam iman dan amal! Bertempiklah, bertakbirlah, manikam janji yang tidak terperi..

Satu malam yang memberkati 30 malam disekelilingnya. Malam – malam Ramadhan yang penuh keberkatan. Dia bertandang kepada kita, tetapi kitalah tetamunya, bukan dia tetamu kita. Dia menjamu dan kita dijamu sepuas – puasnya.

Al Quran turun dari langit diiring Jibril ‘alaihissalam menuju insan teragung, Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam di gua Hira’, gua tauhid dan kebenaran. Bacalah wahai Muhammad, dengan nama Tuhanmu..

Kita di bumi. Al Quran di langit. Ramadhan menarik langit ke bawah dan menolak bumi ke atas. Ramadhan adalah medan masa kita dan al Quran berjabat. Berpeganglah pada tali al Quran sekuat – kuatnya agar kita tidak jatuh ke bumi, ke lembah palsu dan plastik! Atau, al Quran diangkat langit dek tiada yang mengendahinya.

Kallaa!  Tidak sesekali tidak! Inilah umat Muhammad. Tercipta untuk terpilih oleh mahu Empunya alam. Terpilih untuk menjadi pemegang amanah kalamNya yang suci dan yang agung hingga dunia digoncang  janji dan ajal tuannya. Selagi umat Muhammad, selagi itulah al Quran dibaca, ditadabbur dan dilunaskan dalam medan amal dan perjuangan. Dalam hidup dan kehidupan..

Allah, Allah, Allah.. Aku tersyahdu menghirup al QuranMu. Jadikan aku hambaMu. Kerana aku hambaMu.

Selamat berkunjung ke qaryah Ramadhan. Kampung masa yang kudus dan khusyu’ diterangi juntaian neon ayat – ayatNya yang memancar menerangi dunia yang kelam dan gelap.

Berpijaklah di bumi

Pergilah ke mana-mana, manusia yang waras pertimbangan akalnya akan menyanjung tinggi insan bernama cikgu, guru, mu’alim/ah, ustaz/ah atau apa saja gelaran seumpamanya. Bagi kebanyakan orang, guru dikenang kerana sumbangan dan pengorbanan yang tercurah sepanjang perjalanan mereka menjadi ‘manusia’.

Dari sisi saya, yang belum pun secubit pengalaman dikutip.. ada ketika, saya rasa terbeban menggalas tanggungjawab ini. Letih memikirkan bagaimana cara untuk memenangi hati pelajar yang pelbagai. Huhu :( Alhamdulillah, sokongan yang saya terima dari semua orang di sekeliling saya membuatkan saya terus kuat. Thank You ALLAH!

3683975239_a42d2dfd41

Amanah yang dipikul guru-guru memang berat. Tanggungjawab bukan setakat menyampaikan kandungan pelajaran, malah bertanggungjawab membentuk peribadi pelajarnya. Dan ketika institusi pendidikan negara berhadapan dengan isu moral dan sahsiah pelajar-pelajar, tugas seorang pendidik terus bertambah.

Maka, sifat IKHLAS perlu sentiasa hadir. Bahkan pada saya, sesiapa saja yang IKHLAS, bisa meninggalkan kesan tarbiyyah pada orang-orang yang mendampinginya. Bagi seorang pendidik, berusaha untuk IKHLAS dalam menjalankan tugasnya sangat penting. Supaya diri benar-benar ‘berpijak di bumi’.. sedar bahawa hadirnya bukan untuk disanjung, dipuja dan dipuji atas kerja buatnya.

Kalau asyik merungut tentang karenah pelajar, tanya balik diri sendiri “Apa yang aku dah buat?”. Cuba rungkaikan persoalan “Kenapa dia gagal dalam subjek aku je?”. Kalau tiada pelajar, ‘guru’ kah kita? Jadi, teruslah dengan fungsi asal.. nak tak nak kena terima macam mana pun latar belakang pelajar. Dan dengan izin ALLAH, mungkin ada sentuhan kita yang kena pada hati mereka. Hujung parang kalau diasah pun boleh jadi tajam, ini pula anak orang.. Ini pesan Cikgu Syikin pada satu hari.

So, ambillah setiap cabaran itu dengan lapang dada, pasti bertemu jalan penyelesaian. Insya Allah, kesabaran menghadapinya akan diganti dengan kebahagiaan satu masa nanti.

“Tidak ada satu pun hamba Ku yang ikhlas, Ku ambil harta yang Ku berikan kepadanya kecuali untuk Ku gantikan dengan yang lebih baik. Tidak ada satu pun hamba Ku yang redha dengan musibah yang Aku timpakan kepadanya kecuali Aku naikkan darjatnya. Dan tidak ada satu pun hamba Ku yang bersyukur kecuali Ku tambahkan nikmatKu untuknya”

Next Page »